10 April 2010

SAUDARA FIKRI ABDULLAH


Semasa saya membetulkan ekon di kedai Din di Pt Bilal Batu Pahat, saya disapa oleh lelaki ini.

Memperkenalkan diri sebagai Muhammad Fikri Abdullah.
Saya berbual tentang kehidupannya.

" Semasa kecil, ayah dan ibu saya selalu bergaduh. Ayah ada membawa pulang seorang perempuan lain ke rumah kami. Hidup saya agak tertekan ketika itu"

" Ketika tertekan, saya suka mendengar suara azan dari mesjid berhampiran. Saya juga suka mendengar azan di televisyen"

" Setelah dewasa, saya menganut satu lagi agama, namun saya dapati agama itu banyak yang mengelirukan saya,. dan setelah dua tahun, saya meninggalkannya"

" Hinggalah suatu hari saya tertarik dengan rancangan agama yang dikelolakan oleh Ustaz Redhuan Tee di televisyen. Beliau juga seorang berbangsa Cina macam saya. Adakah masuk agama Islam merupakan satu kesalahan?"

" Selepas itu saya menemui Ustaz Solihin di Perkim dan mengucap dua kalimah syahadah."

Mengapa saudara Fikri ragu-ragu dengan agama saudara?

Fikri pun berhujah ......sekian-sekian........panjangnya. Tetapi saya tidak dapat siarkan di sini.
Cukuplah saya katakan Fikri menemui ketenangan di dalam Islam. Fikri berkata, biar saya tiada punya apa-apa di dunia ini, tetapi saya mempunyai Islam.

6 comments:

sahromnasrudin said...

ISLAM is the way of life...

KARISMA said...

Betul tu Sahrom, kita bersyukur kerana kita lahir sebagai Islam.

daun kesum said...

suka entry ni...


alhamdulillah..pakcik ni menemui kebenaran jugak akhirnya...

KARISMA said...

Tkasih Cik Ti. Dalamilah Islam sedalam-dalamnya, kerana di situlah terletaknya kebenaran yang hakiki.

Aryadevi said...

manisnya iman ^_^

Daun said...

dia telah menemui jalan benar