11 March 2013

BENARLAH KATA PUJANGGA

Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari
Ketika kita dalam kejayaan, kemashuran, kegemilangan ramai yang mengelilingi kita.
Namun apabila kita terdampar kesusahan, tua dan tiada apa-apa lagi...
Kita ini terasa bagaikan sampah yang tiada punya harga.

Kawan-kawan yang dahulunya seperjuangan.....
Sampai satu masa sudah tidak pedulikan kita.......
Baru mereka naik pangkat sedikit
Baru mereka naik kereta besar sedikit
Baru mereka diberi kemewahan sedikit
Mereka pandang kita dengan sebelah mata
Usahkan bertanya khabar
Jumpa di mana-mana pun, mereka bagaikan tiada masa untuk bertegur sapa
Kitalah yang terhegeh-hegeh bersalaman dengannya
Namun, pandangannya kepada kita kosong
Dia bagai tidak mengenali kita
Cuma berkata oh........

Klonkah dia?........
Dunianya telah rosakkah?
Atau, ....memang kehadiran kita tiada apa-apa ertinya buat dia?
Lupakah dia, bahawa dia pernah bertahun-tahun bersama-sama
Dalam soal susah senang semasa di perantauan dan ketika bujang itu
Bagaikan dia tidak mengenali aku?